Acap kali kita dengar bait2 kata indah...cinta itu indah malah dunia ibarat kita yang punya..walhal segala-galanya hanyalah milik DIA....begitu juga....bukan hanya cinta sahaja yang indah...tapi tiap – tiap zarah yang ada dan wujud di bumi ini juga indah, kerana yang menciptanya adalah DIA...andai begitu, kenapa manusia mudah untuk sekali untuk melupakan DIA..walhal, jika tidak dia sediakan untuk kita, apakah kita mampu untuk mengecapi dan merasai keindahan itu?
Acap kali juga kita dengar, mudahnya melafazkan cinta dan sayang pada seseorang, tanpa kita sedar bahawa seharusnya kata2 itu yang terutamanya pada DIA...aduh, cepatnya kita lupakan? Apatah lagi bila cinta dihati, segalanya indah...segalanya ditelan walhal pahit dan perit, maklumlah, CINTA!
Dan tiba2 bila garuda melanda....
”selamat tinggal, kau hanyalah racun yang sentiasa memuatkan nanah dihati...yang akan membunuh hatiku yang suci! Kau bukan lah yang baik, jauh lagi yang terbaik utk aku...telah ku katakan, berubah, berubah andai kau mencintai aku! Namun kau tak pernah peduli”
Senang kata2 menyuruh cinta yang hadir pergi, hanya kerana diri bukan seperti yang diingini, walhal sebelum ini kenapa kau ucapkan cinta? Haruskan diri berubah mengikut segala kemahuanmu? PLASTIK! Tidak, diriku bukan sebegitu, dan siapakah kamu untuk mengarah diri merubah sebagaimana kau mahu. Perlukan diri merubah dan melakukan segalanya hanya kerana kamu dan akhirnya kau ucapkan kata2 bisa yang menusuk hati yang mana kau sendiri tidak pasti untuk mengubatinya? Apakah itu cinta dan apakah itu kebahagiaan yang mampu kau berikan?
Apakah benar kata2 bidalan, bila cinta tiada lagi dihati...teganya meluahkan bait2 indah yang menghiris kalbuku hanya kerana diri tidak sempurna dimatamu, tapi sedarkah kamu diri ini juga khalifah, sama seperti mu, yang mana tiada yang sempurna? diri adalah begini, sebagaimana yang diciptakan olehNYA...dia telah memilih diri sebegini sebaik ini, dan diri bersyukur dengan kurniaanya...ya mungkin diri ini menjauh dari DIA, mungkin sekali diri ini mula melupakan amalannya pada DIA, tapi jauh disudut hati kecil ini, hanya DIA...diri hanya mampu berdoa, jangan diri terpesong malah jauh melupakanNYA kerana diri mengerti, CINTA yang UTAMA dan ABADI hanya padaNYA dan bukan dia! Di saat ini, hanya doa dan sokongan yang dipinta, namun, tega jua dirinya, menhambur kata2 merobek hati malah merendahkan diri ini..sedangkan dirinya entah tidak sedar bahawa dia juga tidak sesempurna mana?
Termanggu seketika, saat melihatkan kalian melihat diri sebegini, malah juga mula mengahakimi dan menafisr diri ini seolah olah dialah malaikat dan ahli nujum terhormat, walhal jauh sekali untuk membezakan dia dan malaikat, kerana malaikat itu adalah makhluk yang lebih berjuta kali ganda baik dari dirinya! Apatah lagi tiba2 disaat sang pencinta melahirkan niat dihati, tersilap, dan cinta masih dihati....namun hanya sekilas melihat lagi diri ini, kau bukan yang satu, tiada lagi hormat, dan merendahkan diri ini....apakah itu dirimu wahai sang pencinta, sekejamnya melemparkan kata2 diri ini terlalu murah...malah tiada lagi nilai pada harga diri ini...kau hamburkan kata2...bagai dicanang ke seluruh alam, bagai mahu diri diboikot! Dan kamu wahai sang pencinta, yang kulihat, dank u hormati kerana ilmu mu, kebaikan mu, hanya mampu berkata, YA ALLAH, terima kasih kerna memperlihatkan aku akan dirinya...dan sesungguhnya, andai ini takdir kami, perpisahan.....aku bersyukur!
Untuk sahabat yang tersayang, usah bersedih, apatah terluka, andai disaat ini dia tega sekali melukakanmu, ingatlah CINTA DIA lagi agung! Aku faham dan aku mengerti akan perasaanmu wahai sahabat, yang mampu ku katakana, jadilah dirimu, kerana itu adalah dirimu...dan berdoalah DIA sentiasa memberkati setiap langkah, kata2 dan keperibadianmu! Kepada sang pencinta diluar sana, andai perpisahan adalah ketetapannya , janganlah mudah untuk mengikut hati mu, menghina mencaci malah mengadili, kerna disaat itu, sang SYAITAN bersorak gembira dan berpesta disaat kamu memusnahkan hati dan cintamu sendiri!
Luahan kata2 ini tidak ada sedetik niat untuk mengutuk, mengata atau mencaci sesiapa, tetapi cukup lah andai titipan ini dapat dijadikan ingatan buat diri ini, agar tidak mudah tersalah kata mahupun langkah...